Berkat Doa Ibu
Authored by (your name) | 0 love letter from other so far
JURAIJ ADALAH SEORANG HAMBA YANG TAAT BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT WALAUPUN IBUNYA MASIH HIDUP, BELIAU LEBIH BANYAK MENGHABISKAN MASA DISEBUAH PONDOK YANG DIDIRIKAN BAGI MELAKUKAN PERLBAGAI AMALAN YANG MENDEKATKANYA KEPADA TUHANYA.


Suatu hari, ibu Juraij datang ke pondok beliau untuk berjumpa denganya sedangkan beliau sedang mengerjakan solat sunat. Lalu ibunya memanggil namanya, "Wahai Juraij!" Juraij mendengar panggilan ibunya namun beliau berasa serba salah, "ibukuku atau solatku?" katanya dalam hati.


Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya dan tidak menyahut panggilan ibunya. Tetapi, ibunya terus memanggil Juraij. Sama seperti sebelumnya, setiap kali mendengar panggilan si ibu, Juraij berasa serba salah namun tetap meneruskan solat. Setelah panggilan ketiga tidak dijawab, ibu Juraij berkata, "Semoga Allah swt tidak mematikanmu sehingga kamu dapat melihat wajah pelacur.". Kemudian ibunya berlalu pulang.


Pada masa tersebut, terdapat seorang wanita yang telah berzina  dengan pengembala yang tinggal berhampiran dengan pondok Juraij dan melahirkan seorang anak. Wanita tersebut dibawa kehadapan raja kemudian di tanya, "Anak siapa ini?". Dia menjawab, "Anak Juraij."


Raja bertanya lagi, "Pemilik pondok itu?" Dai menjawab, "Ya." Mendengar jawapanya, raja terus memerintahkan agar pondok Juraij dirobohkan dan beliau diikat dan dibawa menghadapnya. Dalam perjalanan, beliau telah melalui sekumpulan manusia dan melihat para pelacur dikalangan mereka turut berada bersama.


Sampai dihadapan raja, beliau ditanya tentang pertuduhan yang dilakukan oleh wanita itu. Dengan penuh ketenangan, beliau meminta agar dibawakan si anak kepadanyanlalu ditanya, "Siapa ayahmu?" Dengan kuasa Allah swt bayi tersebut menjawab, "Si pengembala lembu."


Raja dan orang ramai terkejut dengan apa yang berlaku lalu menyesali terhadap tuduhan palsu yang dilakukan keatas Juraij. Untuk menebus kesalahan, raja bertanya kepada Juraij, "Adakah kami perlu membina semula pondokmu daripada emas?" Jawab Juraij, "Tidak."


"Daripada perak?"
"Tidak,"
"Maka bagaimana kami perlu membinanya?"
Beliau menjawab, "kembalikan semula seperti keadaan asal."


Tetapi, mereka melihatnya tiba2 tersenyum lalu si raja bertanya, "Apa yang engkau senyumkan?" Beliau berkata, "Kerana suatu perkara yang aku sedari, doa ibuku telah menimpa diriku." Lalu beliau menceritakan kisah tersebut kepada mereka. 

Older Post | Newer Post

Disclaimer


More about me here
Exchange links?
Back to entry

Bold | Underline | Italic

Shout

put your shoutbox here with width 200 px