Rokok Membunuh
Para perokok tegar cenderung membantah pengharaman rokok. Alasannya, tak ada dalil khusus tentang merokok dalam Al Quran sebagaimana dalil tentang minuman keras dan babi yang jelas-jelas terlarang.Lagipun,bagi mereka….biarlah mereka menghabiskan duit untuk kepuasan diri sendiri dan menghilangkan tension….betul ke??? Bukankah………
1.Merokok Itu Buruk
2.Merokok Itu Membinasakan
3.Merokok Lebih Banyak Mudarat daripada Manfaat Rokok
4.Merokok Dapat Membahayakan Diri Sendiri Pembaziran
5.Merokok Adalah Pemborosan & Pembaziran !!!
6.Rokok menjejaskan akal (mental)
7.Rokok membahayakan kesihatan fizikal
8.Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
9.Rokok membahayakan keturunan
10.Rokok mengganggu manusia lain.
11.Rokok menimbulkan akhlak buruk
12.Rokok mensia-siakan waktu hidup
13.Rokok bercanggah dengan maruah ke Islaman
14.Rokok membazirkan harta (wang)
15.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafie.
Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"
Maksudnya :
Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghisap rokok, maka kata sesetengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya HARAM kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.
Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alasan alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orang ramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.
Merokok Dari Pandangan Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Setiap orang yang ditanya dan diminta menjawab dengan jujur tentang baik buruknya merokok, nescaya dia akan menjawab bahawa merokok itu buruk.
Para perokok juga umumnya tak ingin anaknya mengikuti jejaknya menjadi perokok. Pengilang dan pengeluar rokok pun mengakui keburukan produk mereka dengan meletakkan gambar bahaya rokok pada kemasan kotak rokok.
Semua orang, baik pembenci rokok, perokok tegar, mahupun pengusaha rokok telah sepakat mengenai keburukan rokok. Segala hal yang buruk itu diharamkan oleh Allah swt. Hal ini disebutkan dalam Al Quran Surat Al A’raf: 157. Semua yang baik itu halal. Dan semua yang buruk adalah haram.
Wallahualam……..