Sinki Oh Sinki !
Authored by (your name) | 0 love letter from other so far

Sepas berjalan beberapa minit mencari tempat yang ada air, akhirnya jumpa sebuah pantry (tempat basuh pinggan mangkuk, baju dan macam2) di hostel. Kebetulan ada mak cik cleaner sedang bersihkan singki2 yang tersumbat.

Sikit pun dia tak mengeluh pasal singki2 tu...malunya bila fikir balik, yang tinggal di hostel kebanyakannya bijak-bijak belaka, tahap A+...tapi akhlak rendah.

Terbit pulak rasa nak tolong mak cik tu bersihkan singki tu skali (cewah)...sebaik saja aku sentuh singki tu, mak cik tu kata,"Jangan dik, kotor bha tu..kotor nanti tangan....biar makcik cucikan"..sambil tersenyum..

Mak cik sedarkah? bahawa tangan mak cik yang selalu cuci segala singki, paip, lubang tandas yang kotor+tersumbat itulah tangan yang bersih dan mulia.

Muhasabah: memanglah tugas mak cik cleaner tu 'clean'kan segala kotoran, tapi janganlah tambah lagi beban kerja dia, jagalah juga kebersihan. Kan kebersihan tu sebahagian daripada iman?

Kerja apa pun kalau dibuat dengan lapang dada dan ikhlas pasti dipandang mulia, tak gitu? Smile

Older Post

Disclaimer


More about me here
Exchange links?
Back to entry

Bold | Underline | Italic

Shout

put your shoutbox here with width 200 px